Wednesday, November 04, 2009

Ari tu...

Weekend agak busy... byk aktiviti... and kat Doha pun byk event... i.e. ada WTA tennis tournament (yg serena williams menang dan tahun ni aku tak g pun) dan Doha Tribeca Film Festival (DTFF).

Bagi aku weekend sudah start awal, hari rabu tu aku rasa dah weekend dah... it was my birthday rabu sudah 28.10 :-) tp aku tak lah celebrate apa2 pun, sbb aku tak tahu apa punca nak celebrate, bukannya ada apa2 significant nya hari tersebut dlm tahun 2009, tp it was really significant lah berpuluh tahun sudah bila aku lahir. but still kalau ada org nak celebrate birthday aku, aku terima je.. :-)
hari khamis lepas keje dah mula start aktiviti, seperti tahun2 lepas, antara summer ngan winter it is a good time utk buat aktiviti mengetam/crabbing (menangkap ketam). aku rasa berbondong2 org malaysia dok doha ni g ke al khor/simaisma g tangkap ketam. including my circle of frens... sampai kat simaisma pun dah ramai org, siapa geng2 org india dtg dgn bas lagi.. kat tengah2 laut masa cari ketam rasa mcm jalan kat mall, bising... semua bersembang and asyik lah berselisih... end up ketam pun tarak.. ada lah tapi sikit sangat... most of org malaysia yg turun ke laut dpt sikit last week.. ketam dah tahu dah kot, weekend kena dok umah, kalau tak mati kena tombak... :-)
tp it is not all about mengetam... selalunya kitaorg dah prepare bbq... so bab membakar tu lah best.. makan makan makan.. punya banyak ayam and kambing... sampai tak abis lah mentekedarah... btw, depa buat my birthday celebration ari tu, ada lah cake... and still dapat hadiah hehehe... terharu, thanks kak ruby & naguib, dilla n shah, abe & diba... :-) by around 11-12 kitaorg pun berangkat pulang ke doha... (oops, later2 dpt gak hadiah dr zaireen and che le n ija :-) thanks!!!)
Jumaat pagi takde apa2 aktivity.. since semlm dah tido lewat... tido je lah.. and kemas umah (that's the intention :-) ) tgh hari tu aku plan nak g tgk movie from DTFF (the festival film). cadangnya nak tgk movie Michael Moore - Capitalism : Love Story. tiket plak dah habis, n kena beratur kalau2 ada seat kosong... so we decided to purchase tickets for hari sabtu lah sbb takut abis mcm ari ni... but mmg sia2... tiket hari sabtu pun abis i mean for those show yg kitaorg blh tgk, apa punya bengong... aku cakap bengong sbb depa ada jual blue card so that kita boleh beli tiket screening... tp kalau semua cite nak tgk dah sold out, mcm membazir je beli blue card tu... so sbb kan geram, aku beli lah tiket tgk midnite malam tu... sin nombre.

Hari jumaat ada gak bowling tournament anjuran MAQ... tahun lepas aku complain.. and tahun ni aku tolong che le organise... aku rasa apa yg aku complain tahun lepas aku dah improve tahun ni... i.e. semua main serentak... takde lah masa sesetengah org tgh main ada yg dah balik dah... dan yg paling utama, aku dah minta the committee utk buat announcement dalam bahasa melayu hik hik hik... ini pun berjaya.. baru lah Malaysia... the game was ok... aku cuma dpt no 3 je... :-) actually ni lah first time aku nak menang game boling, pada balingan 10 utk game terakhir tu, aku blh menang if aku strike all the 3 throws tu... tp sbb terkejut/gugup... hampeh... spare pun tidak... jawabnya no 2 pun terlepas.. hehehe... takde rezeki... hasil duit menang tu pun dah abis... belanja kengkawan yg celebrate my birthday the night before... hehehehe...


so pas boling dlm 10.30pm tu siap2 terus g tgk Sin Nombre... a story about usaha org2 hondurans nak cross mexico menuju ke US... a story about kesusahan hidup di samping gangsterisme... the story about hope, loyalty, power, family, friendship, love and hope... all in one.. its a good movie, i kinda love it sbb cite dia about something yg aku tak pernah nampak before... life about other part of the world, which buat aku rasa nak g travel ke sana plak... and walaupun penat, aku tak pun tido.. so kira ok lah tu.. (aku akan tido kalau cite macam james bond and die hard.. but not life story :-) ) but what surprise me, ada gak sex scene... yg tak ditapis... hebat gak Qatar ni... and org semua faham... its normal, tak lah plak sampai nak kena ban kat surat khabar plak lepas tu... not that i know of lah... kat malaysia je kecoh, konon buka baju masa concert pun kecoh.. kalau nak kecoh, tak payah buat concert langsung, concert terkinja2 tu pun bukan budaya kita :-) anyway, jam 2am br sampai umah.

hari sabtu, ada training volleyball sempena friendly game antara malaysian ngan indonesian yg dok kat alkhor... jam 7am aku dah gerak ke al khor... game was good, we can have a stable first team lah... dengan latihan pun sekali, and like me after 3 tahun tak main volleyball... abis lah sakut semua sendi lepas training tu.. hahaha... (mmg pun, hari ahad... macam tak leh nak bend dah lutut... hik hik hik) al khor ni is another pekan 50km north of Doha... pekan utk org2 keje minyak je. kalau aku dok kat sini, dgn kemudahan main vb ni, sure lah aku tak gemuk mcm sekarang... hahaha
trained sampai jam 12... then balik n rehat... jam 5pm g plak celebrate birthday myra... anak aizal ngan yeen.. dia br 2 tahun... :-) again makan makan makan... thats the end of my last weekend... full of activities... :-) start with a birthday, end with another birthday.. :-) weekend ni pun mcm penuh gak rasanya :-) ada game lawan indon, ada ceramah haji and doa selamat...

Monday, November 02, 2009

Haj: 14 more days...

Lagi 14 hari saja lagi sebelum aku berangkat pergi menunaikan Haji, insyaAllah... frankly, persiapan aku pergi ni, langsung jauh dr perfect, tp aku buat sebaik mungkin insyaAllah... menurut buku panduan haji keluaran tabung haji, aku kena buat perkara2 berikut sebagai persediaan:

1. niat dengan penuh ikhlas hendak ke tanah suci semata-mata utk mengabdikan diri kepada Allah swt.

2. Mempelajari cara-cara pelaksanaan ibadah haji yg sempurna.

3. Membanyakkan taubat sebelum ke Tanah Suci

4. Membersihkan harta daripada perkara yg syubhah dan haram

5. Meninggalkan perkara-perkara maksat dan melalaikan

6. Mmbanykkan istighfar dan memohon keredhaan Allah swt

7. Memohon maaf dan keredhaan semua orang termasuk ibu bapa, suami dan sanak saudara

8. Berpesan kepada anak-anak dan kaum keluarga agar sentiasa bertakwa kepada Allah swt.

9. Menyelesaikan segala hak Allah swt dan hak manusia yg masih tertanggung pada dirinya

10. Memilih kawan yang soleh dan amanah sebagai teman

11. Menunaikan solat sunat mesafir sebelum berangkat ke Tanah Suci

Hmmm.... terasa sangat mcm nak pergi masuk big exam.. tak sabar nak menyempurnakan haji ni...

Sunday, November 01, 2009

Haj... tentative itinerary...

Ni jadual haji aku... simple and sekejap je... yg ni dipost oleh organiser... (plus some notes for me to check with the organiser during the discussion this thursday, tp kalau sesapa yg baca blog ni n blh jawab kan... please...)

17/11 :
- Initial date bertolak dari Doha ke Mekah.
- As per last year, actual date yang akan ditetapkan oleh Qatar Hajj committee, hanya akan diketahui seminggu sebelum bertolak.

18/11 – 19/11 :
- Tiba lewat malam atau awal pagi di Miqat, Taif untuk Niat Umrah & berihram

19/11 :
- Lakukan seberapa segera Ibadah Umrah Haji sejurus lepas tiba di tempat penginapan.

20 – 25/11 :
- Aktiviti bebas, Insyaallah kita akan buat pengisian/usrah selepas solat isyak di tempat penginapan.

25/11 :
- Selepas solat Subuh di Masjid berdekatan bertolak ke Mina menaiki bus.
- Berihram dari bilik hotel/apt. Bermulanya pantang larang Ihram. (kat mana nak Miqat - for me to check)

26/11 :
- Selepas solat Subuh bertolak ke Arafah.
- Dengar Khutbah Arafah sejurus solat Jamak Zohor & Asar
- Sejurus khutbah, boleh cari tanah lapang & tinggi untuk berdoa & bermunajat kepada Allah.
- Selepas Maghrib menuju Mudzdalifah.
- Solat Jamak Maghrib & Isyak di Mudzdalifah. (kutip batu?)

27/11:
- Selepas separuh malam, melontar Jamrat Aqabah (bagi couple/uzur) (for single like me, lepas subuh baru g melontar, go with a stronger crowd i guess... )
- Terbatalnya 10 pantang larang Ihram kecuali 3 pantang larang iaitu berkahwin, menjadi wali/saksi dan bersetubuh. (tak perlu tahlul awal ke? kat sini ke bercukur or lepas saei? to check)
- kemudian terus ke Masjidil Haram utk tawaf ifadah, Saie & tahallul. (tak sempat nak solat sunat hari raya haji di Masjidil Haram)
- Dari Maghrib hingga sekurang-kurangnya separuh malam bermabit di khemah, Mina.

28/11:
- Selepas zohor hingga sebelum Maghrib, pergi melontar Jamrat Ula, Wusta & Aqabah
- Dari Maghrib hingga sekurang-kurangnya separuh malam bermabit di khemah, Mina.

29/11 :
- Selepas zohor hingga sebelum Maghrib, pergi melontar Jamrat Ula, Wusta & Aqabah
- Dari Maghrib hingga sekurang-kurangnya separuh malam bermabit di khemah, Mina.

30/11 :
- Jemaah dari Qatar akan melakukan “Nafar Awal”. Oleh itu kena pastikan tidak masuk dalam zon Mina sejurus/selepas Maghrib pada hari ini. (kena check more on Nafar Awal)
- Bermalam di apartment/penginapan.
- Berkemas untuk bertolak esoknya selepas subuh.

1/12 :
- Solat subuh di Masjidil Haram, boleh buat tawaf Wida’ 6 pusingan sebelum solat Subuh habiskan 1 pusingan lagi selepas solat.
- Kita akan berangkat ke Madinah Munawarrah dalam jam 7.15am dari apartment.

3/12 :
- Selepas Solat Subuh di Masjid Nabawi, boleh ucap salam Wada’ pada Makam Nabi dan berangkat pulang ke Doha, Qatar

Wednesday, October 28, 2009

irony...

1. aku dapat cikgu baru mengajar french, cikgu lama dpt keje tetap somewhere else... tp yg tak best nya, cikgu ni tak tahu cakap english.... dia ni tunisian... so dia tak paham apa kita cakap in english... even accountant pun dia blh tak paham... but at the end of the class dia cakap plak in arabic, which 4 dr 6 org dlm kelas tu paham.. so jadi plak lah soal jawab in arabic, awal2 aku paham gak arabic depa, bila dah mula pekat... hampeh aku tak paham... so adakah kelas french aku juga merupakan kelas utk aku improve arabic.... 2 dalam 1 ni... hahahaah

2. che le ajak aku teman dia masuk tournament 9 pin tap... utk qualify, peserta kena buat few trials within the allocated period.. so sapa byk buat trial sampai dpt point utk 6 frame terbaik dpt masuk peringkat seterus nya. aku tahu aku mmg main boling sekadar suka2... malas lah nak masuk2 game ni.. tp sbb che le dah pujuk aku agree je lah... saja lah try n teman dia... tp, yg heran nya, bila aku bagus, point dia akan merosot... kalau aku spare tak kena.. or dpt split br dia dpt strike... for the whole 6 frames jadi gitu... tp setelah 2 frame kitaorg detect gayanya mcm tu, aku terpaksa lah flop sana sini... so che le dpt good games... mmg betul dia dapat good result... tp tu lah... aku tak leh la nak masuk tournament (alasan!!!)

Saturday, October 24, 2009

Ujian...

Kalau kita pernah baca majalah Mastika... selalu kita baca tentang ujian Allah di tanah haram.... kenkadang rasa gerun plak bila nak g haji ni...

tp... pada aku... ujian dah sedia ada even sebelum g haji... aku dpt rasakan ujian on tahap kesabaran mmg memuncak masa ni...mcm dengan semua org aku tak puas hati... ada je yg buat aku marah... (before this aku rasa tahap patience aku mmg tahap tinggi... sbb kalau tak tinggi tak mampu dok hidup ngan org arab). frankly, for those who know me... aku ni mmg kaki complain, tp sekadar sebut kat mulut je... tp still bersabar... tp lately, rasa marah tu mcm terlebih... macam sampai nak maki2 org...

Alhamdulillah aku dpt tersedar lagi... tp tu lah... ujian Allah dah bermula...

* p/s -
For all readers yg aku kenal directly... and those for yg aku belum kenal lagi... aku mohon maaf atas segala kesalahan yg aku dah buat sendiri... kesalahan pada Allah blh lagi minta ampun, Dia yang maha pengampun dan pemurah. tp dosa sesama manusia ni aku kena minta maaf direct dengan korang semua... Maafkan aku... dan bg ada yg aku berhutang... tolong bg tahu ye...